Wednesday, June 25, 2008

KUASA GHAIB PKR

Hari Ahad yang lalu Saudara Yahya Sahri telah digantung tugas beliau. Menurut pembacaan politik saya yang dangkal dan tidak pernah dipandang oleh mana-mana pucuk pimpinan, perkara ini ada seseorang yang mempengaruhi TS Khalid Ibrahim. Beliau adalah seorang yang rapat dengan Saudara. Saya rasa tuduhan saya ini tidak terlalu melulu kerana mengenali beliau dan cara politik beliau dan bagaimana beliau mencincang Kabilah ABIM di Kemaman, saya tak syak lagi bahawa insan yang terlibat di belakang pemecatan ini adalah Saudara Azmin Ali.Bukan tuduhan melulu, tetapi ada beberapa fakta yang boleh mengaitkan Saudara Azmin dalam hal ini.

1. Saudara Azmin memang sangat kecewa apabila tidak dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. Ini sangat diketahui oleh kami yang berada di dalam Bahagian Gombak.
2. Saudara Yahya Sahri adalah satu-satunya watak yang dapat mengimbangi Saudara Azmin di dalam negeri Selangor.
3. Saudara Yahya Sahri adalah antara satu-satunya survival dalam penyembelihan anggota ABIM di Mesyuarat di Kemaman.
4. Saudara Azmin Ali memang mencuba untuk menyusun oang-orang beliau di dalam Keadilan dan juga dalam pemerintahan negeri. Pengganti Yahya Sahri adalah org beliau yang telah lama tidak aktif dalam Keadilan dan cuma muncul selepas kemenangan KeADILan di dalam PRU 12.

Selepas ini tindakan yang saya jangka Saudara Azmin akan menyalahkan TS Khalid Ibrahim kerana tidak dapat ‘handle’ kes Yahya Sahri dan Majlis Kerajaan Tempatan dihadapan Saudara dan meminta TS Khalid berundur dan akan diambil alih jawatan oleh beliau sendiri. Atau akan terdapat rombakan Exco dalam negeri Selangor dan jawatan-jawatan Exco akan diambil alih orang-orang yang berpihak kepada beliau.

Hanya Saudara seorang sahaja yang dapat menasihati Saudara Azmin ini. Terus terang kami katakan kebanyakan kami pimpinan bawahan yang marhaen ini amat tersinggung dengan tindak tanduk Saudara Azmin di Bahagian Gombak. Kami kebanyakan tidak berani bersuara dihadapan beliau kerana beliau bersikap autokratik dalam kepimpinan beliau di Bahagian. Keputusan beliau dalam pemilihan Ahli Majlis misalnya membuatkan kami pimpinan kecil di bawah terasa seperti Balaci atau gurkha.

Ingin saya bertanya kepada Dato’ Seri apakah kemenangan Parti Keadilan Rakyat di Selangor ini adalah digerakkakn oleh golongan Profesional? Tak tahu di tempat lain tapi kami di Gombak golongan inilah yang mendiam diri dan tidak berbuat apa-apa dan membiarkan kami bergolok-gadai dan hampir kehilangan segalanya, saya contohya, kerana perjuangan ini saya hilang perniagaan. Tetapi apabila Parti menang, mereka ini di beri tempat sebaik-baiknya. Tahniah!!!! Kami kepimpinan parti yang di bawah cuma mahu suara kami didengar bukan hanya suara atau arahan Azmin Sahaja yang kami perlu dengar.